BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 26, 2010

DIA DIHATIKU...


Dia dihatiku adalah seorang yang aku redhai agamanya. Jika hilang agamanya maka lenyaplah dia dari hatiku.
Dia dihatiku adalah seorang yang buta matanya. Buta matanya itu adalah kerana dia tidak akan memandang sesuatu yang akan membutakan hatinya. Dia adalah seorang yang akan menundukkan pandangan dari melihat aurat wanita yang halal untuk dia nikahi.

Dia dihatiku adalah seorang yang tuli telinganya. Tuli telinganya itu adalah kerana dia tidak suka mendengar perkara yang sia-sia. Dia adalah seorang yang gemar mendengar puji-pujian kepada Allah kerana hanya itu yang mampu menenangkan hatinya.

Dia dihatiku adalah seorang yang bisu. Bisu mulutnya dari meluahkan pujuk rayu yang bisa menggoncang iman dan mengundang fitnah bagi dunia. Namun, basah bibirnya dengan menyebut kebesaran Allah. Ringan mulutnya dalam menjalankan dakwah Islamiah dan lantang suaranya dalam menegakkan kebenaran di bumi Allah.

Dia dihatiku adalah seorang yang lumpuh kaki tangannya. Lumpuh kakinya kerana dia tidak suka menjejakkan kaki ke tempat yang dipenuhi maksiat di dalamnya. Lumpuh tangannya pula kerana dia tidak suka mengambil sesuatu yang bukan miliknya. Tetapi panjang langkahnya ketika menuju rumah
Allah untuk mengabdikan diri. Dan ringan tangannya dalam menghulurkan bantuan kepada yang meminta.

Dia dihatiku adalah seorang yang papa. Papa dirinya adalah kerana tidak melakukan perkara-perkara yang mengundang maksiat. Kepapaannya juga adalah kerana dia cuba sedaya upayanya untuk membuang sifat mazmumah dalam dirinya. Tetapi dia kaya dengan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Kaya dirinya juga dengan kasih sayang dan kecintaan kepada keluarga dan agama.
Inilah dia dihatiku.

Persoalannya ialah masih adakah insan seperti ini yang sudi menjadi tamu dihatiku?


Ana Muslimah...