BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 29, 2011

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM...

Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Menghormati bapa
Hadith :
DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”
 
Riwayat Muslim

Huraian

1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa.

2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.


3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebih dahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak. Apabila anak-anak yang soleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga. Masing-masing akan saling sayang menyayangi antara satu dengan lain.



Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sunday, July 24, 2011

KepadaMU....

Ya Allah,tempatkanlah aku di kalangan orang yang sentiasa momohon keampunan...
Jadikanlah aku hambaMu yang solehah serta jadikanlah aku di dalam kalangan auliya'...

Ya Allah,bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadat malamnya...
Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya dan berikanlah aku zikir untuk mengingatiMu secara berterusan...

Ya Allah, janganlah aku dihina kerana maksiatku dan janganlah menyiksaku dengan balasanMu...
Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaanMu...

Ya Allah, bukakan bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka...
Berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran..

Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim,pemberi makanan,penyebar salam dan bergaul mesra dengan kemuliaanMu...

Ya Allah, sediakan bagiku sebahagian daripada keluasan rahmatMu...
Berilah aku petunjuk dengan ajaranMu...
Bimbinglah aku menuju keredhaanMu yang penuh dengan kecintaanMu...

Ya Allah, berilah rezeki dan ganjaran Lailatul Qadar kepadaku,ubahkan perkara sulit menjadi mudah...
Makbulkan permintaan maafku dan hapuskan dosaku...

Ya Allah, penuhkan hidupku dengan amalan dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan,wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta...

Ya Allah, bersihkan diriku daripada kehinaan...
Berilah kesabaran kepadaku untuk menerima segala ketentuan...
Berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa...
Amin....

p/s:copied from somewhere...

ana muslimah