BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 4, 2011

HIJRAHKU.....

B'temu kmbali....hehe.....lme dh x nengok blog sndri...asyik bce blog org laen jek...bnyk ilmu b'gune yg dpt aku cilok dri blog2 t'sebot....ade blog yg keluarkn entri psl hijrah...bukan maal hijrah,tp hijrah dorg dr seorg yg x brape baek mnjdi lbh baek...so t'fikir jgk...aku ni ade ke b'hijrah???or still di tampok yg lame????hmm...ade la sikit....ni la yg aku nk kongsi ni....entri kali ni aku nk cte psl decision aku utk menutop aurat dgn sempurna....tutop aurat yg cmne???jom bce........tp aku luah kn dlm bntok yg ala2 puisi la ek....ngeeee.....

HIJAB PILIHANKU



Hijab kini menjadi pilihanku. Aku alpa selama ini. Aku tidak mengendahkan perintah Allah untuk menghijab diriku. Sesungguhnya Allah telah berfirman yang bermaksud;

“dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.”

(an-Nuur: 31)
Juga Firman-NYA;

Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(an-Nuur: 59)

Berdasarkan firman-firman Allah di atas, jelaslah bahawa menutup aurat merupakan satu kewajipan bagi wanita Islam. Namun perintah ini telah aku abaikan dulu. Kini aku telah sedar. Bukan hak lelaki ajnabi untuk melihat auratku.

Aku dapat merasakan sesuatu yang indah apabila aku menghijab diriku. Terasa seperti aku dilindungi dari pandangan mata lelaki yang tidak menyenangkan. Aku juga merasakan bahawa aku mampu mengawal tingkah lakuku agar tidak melampaui batas-batas pergaulan yang ditetapkan agama. Memang benar, adakalanya aku terlepas laku juga. Tetapi, alhamdulillah aku mampu memuhasabahkan diri.

Hijab itu tinggi nilainya. Aku tak mahu mencemarinya dengan perbuatan-perbuatan yang mengundang dosa. Aku tak mahu orang lain merendahkan martabat wanita muslimah yang bertudung. Seharusnya hijab itu mampu menjadikan seseorang itu insan yang lebih baik. Baik dari segi rohani mahupun jasmaninya.

Hijab sebenarnya berfungsi sebagai pemisah antara wanita Islam dengan wanita bukan Islam. Ia merupakan identiti bagi para muslimah. Dengan menjaga hijab, kedudukan wanita dalam Islam tidak akan terjejas, malah mereka akan lebih dihormati oleh kaum adam.

Aku berdoa kepada Allah supaya aku mampu menjaga hijabku hingga ke akhir hayatku... amin...

Ana Muslimah...