BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label zauji habibi.... Show all posts
Showing posts with label zauji habibi.... Show all posts

Monday, September 5, 2011

siapa pon AWAK...saya terima....

salam sayang salam kerinduan....

Alhamdulillah...akhirnya dpt jgk aku pujuk diri yg malas utk mencoret sebaris dua ayat di atas kapet pink ni.....hmmm...AWAK tu sape ek???aku pon x tau...tp yg pasti ade something yg aku nak AWAK tau...so saye tulis surat ni utk AWAK...AWAK bace ek...

Assalamualaikum AWAK...

saya x pasti sama ada awak dapat baca surat ini atau tidak...
saya tulis surat ni untuk awak supaya awak tau kenapa saya terima awak...
awak dah baca kan apa yg saya tulis kat atas?
saya tulis siapa pon AWAK...saya terima...
tp sebelum tu saya nak bagi tau kenapa saya terima awak...

AWAK...
saya terima awak sebab saya tau awak ada agama...
ye,saya tau ramai lagi lelaki lain yg ada agama...
tp saya terima awak sebab agama awak bukan cuma pada IC atau nama awak...
saya terima awak sebab awak hidup atas nama agama awak iaitu Islam...
saya tanak tahu berapa banyak gaji awak...
saya tanak tau awak pakai kereta ape....
saya tanak tau rumah awak besar mana...
saya tanak tau semua tu...
yg saya nak tau cume AGAMA awak...
saya nak tau sama ada awak akan jadi imam dalam solat utk saya dan anak2 kita...
saya nak tau sama ada awak akan tegur saya jika saya melanggar perintah ALLAH...
saya nak tau sama ada awak boleh bimbing saya dan anak2 kita menuju syurga Allah....
itu saje yang saya nak tau...
awak tau tak kenapa saya cuma nak tau agama awak?
sebab saya tau,kalau awak ada agama...
awak bukan setakat menjamin akhirat kita sekeluarga...
tapi jugak dunia kita...
kan awak?

AWAK...
siapa pon awak, asalkan awak menjaga solat lima waktu...saya terima awak...
siapa pon awak,asalkan awak mampu memberi rezeki yang halal utk saya dan anak2 kita...saya terima awak...
siapa pon awak,asalkan awak dapat melindungi saya dan anak2 kita...saya terima awak...
siapa pon awak,asalkan awak sudi bersama saya mendidik anak2 kita...saya terima awak...
dan siapa pon awak,asalkan awak cinta kepada agama awak...saya terima awak...
saya tak tipu awak...
saya akan cuba terima awak seadanya...
jadi saya mohon awak doakan saya ye....
tolong doa supaya saya redha dengan takdir...
tolong doa supaya saya bersyukur dengan apa yang saya dapat....
tolong doa supaya saya setia di sisi awak...
dan tolong doa supaya saya mampu untuk menjadi isteri yang awak kasihi dan Allah redhai...
tolong ye awak...

AWAK...
saya nak pesan pada awak...
tolong jangan hilangkan rasa cinta awak pada Allah ye...
sebab kalau awak hilangkan cinta awak pada Allah....
bermakna awak dah hilang kan cinta saya utk awak...
saya minta maaf...
saya terpaksa...
saya perlukan seorang lelaki yg meletakkan agama lebih dahulu daripada yang lain...
awak faham maksud saya kan?
awak tak perlu cintakan saya berlebih-lebih...
cukuplah apa adanya....
sebab saya nak awak tau...
jika kita sayangkan sesuatu itu dgn berlebihan, tak mustahil kita akan membencinya suatu hari nanti...
saya tak mau awak bencikan saya...
saya pon tak nak bencikan awak...
awak suami saya...
tp awak kena ingat cinta yg kekal hanya cinta Allah...
ingat ye awak...


AWAK...
saat awak melafazkan "aku terima nikahnya Nursuhaili binti Jamshari Muhammad dengan mas kahwin yang tersebut" saya terima awak sebagai suami saya...
saya terima awak sebagai lelaki yg akan menggantikan tempat ayahanda tersayang saya...
dulu ayah yg jaga saya,sekarang awak pulak...
dulu ayah yg pujuk saya,sekarang awak pula...
dulu ayah adalah satu-satunya lelaki dalam hidup saya,sekarang awak juga ditempat yang sama macam ayah saya...maaf ya...awak terpaksa berkongsi tempat dengan ayah saya...
tak mungkin saya gantikan ayah saya dengan awak...
dia lebih dulu bersama saya sebelum awak...
awak tak marah kan?
jangan risau...InsyaAllah awak akan tetap di hati saya...
kan saya dah cakap siapa pon awak,saya akan terima...
saya terima dengan hati yang terbuka...

AWAK...
sebenarnya banyak benda yang saya nk awak tau...
tp saya rasa mungkin setakat ini saja utk kali ini...
ingat tau...
siapa pon AWAK..saya terima....

salam sayang sayang kerinduan,
Ana muslimah

Sunday, September 26, 2010

DIA DIHATIKU...


Dia dihatiku adalah seorang yang aku redhai agamanya. Jika hilang agamanya maka lenyaplah dia dari hatiku.
Dia dihatiku adalah seorang yang buta matanya. Buta matanya itu adalah kerana dia tidak akan memandang sesuatu yang akan membutakan hatinya. Dia adalah seorang yang akan menundukkan pandangan dari melihat aurat wanita yang halal untuk dia nikahi.

Dia dihatiku adalah seorang yang tuli telinganya. Tuli telinganya itu adalah kerana dia tidak suka mendengar perkara yang sia-sia. Dia adalah seorang yang gemar mendengar puji-pujian kepada Allah kerana hanya itu yang mampu menenangkan hatinya.

Dia dihatiku adalah seorang yang bisu. Bisu mulutnya dari meluahkan pujuk rayu yang bisa menggoncang iman dan mengundang fitnah bagi dunia. Namun, basah bibirnya dengan menyebut kebesaran Allah. Ringan mulutnya dalam menjalankan dakwah Islamiah dan lantang suaranya dalam menegakkan kebenaran di bumi Allah.

Dia dihatiku adalah seorang yang lumpuh kaki tangannya. Lumpuh kakinya kerana dia tidak suka menjejakkan kaki ke tempat yang dipenuhi maksiat di dalamnya. Lumpuh tangannya pula kerana dia tidak suka mengambil sesuatu yang bukan miliknya. Tetapi panjang langkahnya ketika menuju rumah
Allah untuk mengabdikan diri. Dan ringan tangannya dalam menghulurkan bantuan kepada yang meminta.

Dia dihatiku adalah seorang yang papa. Papa dirinya adalah kerana tidak melakukan perkara-perkara yang mengundang maksiat. Kepapaannya juga adalah kerana dia cuba sedaya upayanya untuk membuang sifat mazmumah dalam dirinya. Tetapi dia kaya dengan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Kaya dirinya juga dengan kasih sayang dan kecintaan kepada keluarga dan agama.
Inilah dia dihatiku.

Persoalannya ialah masih adakah insan seperti ini yang sudi menjadi tamu dihatiku?


Ana Muslimah...