BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 9, 2011

It's a thin line between LOVE and FRIENDSHIP...


Salam sayang,salam kerinduan...

Alhamdulillah...lagi sekali aku berkesempatan utk mengupas isu yg sememangnya tidak asing dalam kehidupan remaja seperti aku...persahabatan antara dua individu yg berlainan jantina
adakalanya disalahertikan...salah faham ini bukan sahaja melibatkan individu yg bersahabat sahaja malah insan lain disekeliling mereka juga adakalanya tersalah tafsir tentang perhubungan tersebut...bagi entry kali ni aku akan fokus kepada 1 situasi...

Persahabatan disangka cinta..
Ali bersahabat baik dgn Ani.Mereka mula bersahabat sejak semester 1 di universiti XYZ.Ke mana-mana sahaja mereka sentiasa bersama.Ali sentiasa mengambil berat akan Ani.Memandangkan Ali agak cemerlang dalam pelajaran berbanding Ani,dia selalu membantu Ani mengulangkaji pelajaran.Persahabatan mereka berkekalan sehingga ke tahun 3 pengajian mereka di universiti.Setelah sekian lama,rupa-rupanya perhatian yg diberikan oleh Ali telah disalaherti oleh Ani.Ternyata Ani menyimpan perasaan terhadap Ali.Dia merasakan bahawa Ali juga mempunyai perasaan yg sama seperti dia oleh kerana Ali juga sudah mesra dgn kedua ibubapa Ani.Ani juga begitu.Dia begitu rapat dgn keluarga Ali.Ani menceritakan tentang perasaannya kepada teman sebiliknya, Aishah. Sebenarnya rakan-rakan sekelas Ali dan Ani telah lama mengetahui tentang perkara itu.Ali juga megetahui akan hal tersebut.Namun Ali merasakan hal itu bukanlah satu isu yg besar.Hingga satu ketika Ani meluahkan perasaan yg dipendamnya kepada Ali.Ali sgt terkejut.Dia tidak menyangka Ani meyimpan perasaan terhadapnya sampai begitu sekali.Dia merasa serba salah kerana telah membuat Ani jatuh cinta padanya sedangkan dia hanya menganggap Ani sebagai sahabat. Sejak peristiwa itu,hubungan Ali dan Ani menjadi semakin renggang.Ani cuba sedaya upaya utk menghilangkan perasaan sayangnya terhadap Ali. Ali pula buntu utk menerangkan hal yg sebenar kepada Ani. Mereka berdua tidak tahu bagaimana utk berhadapan dan menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya persahabatan yg mereka bina selama bertahun-tahun terputus juga.



MARI BERDISKUSI

1.penyelesaian dan peringatan buat Ali (individu yg hanya menganggap sebagai kawan)

 
-Ali sepatutnya lebih bijak dalam menjaga persahabatannya dengan Ani kerana Ani adalah seorg perempuan.
-dari awal lg,adalah lebih baik jika Ali menjaga batas pergaulannya dgn sahabat yg berlainan jantina bg mengelakkan berlakunya salah faham.
-sekiranya salah faham masih berlaku,Ali harus menerangkan secara lembut dan halus tentang perkara yg sebenar kpd Ani.
-Ali harus sedar bahawa tindakannya memberi perhatian secara berlebih-lebihan terhadap Ani telah membuka ruang untuk Ani meyimpan perasaan terhadapnya.Dia juga harus sedar bahawa salah faham tersebut akan menjejaskan persahabatan mereka
-Sedikit pesanan buat sahabat yg berada dalam situasi yg sama seperti Ali.

kalau tak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang..
kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji..
kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan..
kerana hati manusia itu :
terlalu bernilai untuk disakiti
terlalu mahal untuk disia-siakan
terlalu berharga untuk dihancurkan ...


2. Penyelesaian dan peringatan buat Ani (individu yg menyimpan perasaan lebih dari sekadar sahabat)


-sama seperti Ali,Ani juga sepatutnya membataskan pergaulannya dgn sahabat yg berlainan jantina.
-Percampuran tanpa batasan antara lelaki dan perempuan sememangnya membuka peluang bagi syaitan dan nafsu utk memesongkan tujuan asal persahabatan lalu menerbitkan perasaan cinta.
-Jika perasaan cinta tetap hadir,kawallah diri supaya perasaan tersebut tidak menjejaskan persahabatan. Namun seandainya diri tidak kuat melawan perasaan tersebut,mohonlah pertolongan dari Allah agar diri menjadi lebih tenang dan tabah.Anggaplah perasaan cinta yg hadir itu sebagai dugaan dari Allah dan jika perlu jauhkanlah diri dari sumber2 yg boleh menerbitkan perasaan tersebut. Lebih hebat jika perasaan cinta terhadap manusia itu dialihkan kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Seharusnya Dia lebih layak menerima cinta itu kerana Dia jugalah yg menerbitkan perasaan tersebut.
-sedikit pesanan buat sahabat yg berada dalam situasi yg sama seperti Ani.


Tuhan…saat aku menyukai seorang sahabat, ingatkanlah aku bahawa ada sebuah pengakhiran sehingga aku tetap bersama yang tidak pernah berakhir.
Tuhan…jika aku hendak mencintai seseorang, temukanlah aku dengan orang yang mencintaiMU agar bertambah kuat cintaku padaMU.
Tuhan…ketika aku sedang jatuh cinta, jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku padaMU.
Tuhan…ketika aku mengucap aku cinta padamu, biarkanlah ku katakan kepada yang hatinya tertaut padaMU, agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMU.


 
Sebagai perkongsian bersama...aku sertakan sekali nota adab-adab pergaulan lelaki dan perempuan dalam Islam yg aku ambil di sini.





ALAM remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.Firman Allah swt : “Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah Al-Isra’ : 32)

Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas,
perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’ Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram.Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. Kali ini penulis tampilkan batas-batas dalam pergaulan supaya menjadi bimbingan kepada khalayak remaja sekalian, iaitu:

1.Pandangan
Pandangan yang dimaksudkan di sini adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan.Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud: “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka…”
Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka…” dari kedua-dua ayat itu kita dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja.Pandangannya pula tidak keterlaluan atau memandang melampaui batas sehingga menerbitkan hawa nafsu sesama sendiri. Hanya dengan pandangan saja kita percaya hawa nafsu akan menguasai dan syaitan mudah menggoda akhirnya mendorong mereka ke arah kancah maksiat.


2.Pertemuan
Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi.Dalam konteks hari ini lebih di kenali dengan istilah ‘khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu di tempat sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa Allah melarang pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.


3.Percakapan
Percakapan atau perbualan yang dimaksudkan di sini ialah apabila dua orang individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu yang boleh mendatangkan syak wasangka.Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak untuk bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja.Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutama sekali kaum perempuan.


4.Berjabat tangan
Berjabat tangan bermaksud menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan atau sebaliknya.Menurut Islam hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Siti Aisyah r.a ada berkata: “…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.” (Riwayat Imam Ahmad)Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.


5.Sentuhan
Sentuhan di sini lebih bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menerbitkan keinginan nafsu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”
Dari hadis di atas dapatlah kita mentakrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.
-Ustaz Zawawi Yusof-
Elakkan percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batasan...


Akhir kata,aku berharap agar perkongsian kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak kesedaran kepada kawan2 dan pada diri aku sendiri.Dan kredit kpd Panglima Zycree yg telah memberi cadangan kpd aku utk membuat ulasan mengenai isu ini.Isu ini mungkin telah banyak kali di utarakan dalam blog2 dan laman web,namun semoga ulasan yg aku utarakan kali ini boleh memberi peringatan kedua buat kita semua...seperti pesanan Rasulullah dalam hadis baginda:

"sampaikanlah walau sepotong ayat"

[HR Bukhari dan At-tirmizi]


Yang ikhlas,

Ana muslimah

1 comments:

Muhamad Ridzuan said...

I will always keep remind myself bout tis..hehe...tu la kak...kdg2 kn..klau rapat ngan seseorang tu...lbh2 lagi laki perempuan, mesti ada saja org2 nk pertikaikan, siap nk adakan cerita (fitnah)...tp apa yg ds rasa..diri tau, kawan tau, dan Allah tau apa yg sebetul2nya tu, dah cukup...betol x kak?..huhu