BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 13, 2011

Mimpi ular...tafsiran menurut ISLAM...

Salam sayang,salam kerinduan....

Alhamdulillah...dapat juga aku peluang untuk mencoret entry terbaru buat tatapan mata dan santapan minda sahabat-sahabat tersayang...Entry kali ini berkaitan dengan mimpi ular...Terdapat berbagai tafsiran masyarakat kita tentang mimpi ular...Selalu kalau kita mimpi ular orang cakap maksudnya ada orang nak masuk meminang...tapi kalau yang mimpi tu orang laki camne plak?ada orang pompuan nak masuk meminang laki tu la ek??Sebenarnya,mimpi ular ni tiada kaitan langsung dengan orang nak masuk meminang...(Sila betulkan jika saya salah)Ini adalah berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Ustaz Syarhan Syafie dalam slot Tanyalah Ustaz di TV9 dihatiku...Beliau telah nyatakan secara ringkas tafsiran mimpi ular menurut ISLAM...antara isi-isinya adalah:

  • Mimpi ular ditafsirkan dari segi sama ada ular itu mematuk,membelit atau kita bermain dengan ular tersebut.
  • Dalam kitab Fi Tafsirrulahlam oleh Ibnu Sirrin ada menerangkan secara mendalam tentang mimpi.
  • Sekiranya kita bermimpi dipatuk ular bererti sihir telah meresap masuk ke dalam tubuh kita.
  • Sekiranya kita bermimpi dibelit ular atau bermain dengan ular bererti sihir telah memberi masalah kepada kita.
  • Secara keseluruhannya,ular adalah haiwan yang ditakuti oleh manusia.Dan atas sebab itu jugalah Allah telah menyediakan kepada orang yang tidak solat,di dalam liang lahad nanti seekor ular yang bernama sakhar.Ular ini tugasnya adalah melaknat orang yang meninggalkan solat.
  • Sekiranya anda mendapat mimpi yang sebegitu maka rawatlah jiwa anda.Untuk mendapat mimpi yang baik maka sentiasalah tenangkan jiwa dan sentiasa membaca ayat suci Al-Quran.

Apa yang dijelaskan oleh Ustaz Syarhan Shafie di atas adalah dari sudut pandangan Islam dan boleh diambil sebagai pengajaran dan peringatan buat kita semua...sama-samalah kita berdoa agar kita semua sentiasa di dalam perlindungan dan kasih sayang Allah...semoga kita semua dapat menjauhkan diri daripada syirik dan taksub akan ramalan2 mimpi yang tidak berasas...sebagai perkongsian bersama,aku sertakan nota mengenai tafsir mimpi menurut Islam yang aku ambil dari sini dan sini.

Tafsir mimpi menurut Islam:
 Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku." Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.

Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu mentafsirkan kebenarannya. Semoga buku ini dapat membantu dalam menjawab makna mimpi anda, insya Allah.

Tambahan pula, mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan, mentakbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana susahnya.

Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata:
"Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah-lah yang mengetahui masalah ilmu ghaib. Saya menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang dapat mendedahkan perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu takwil dan ta'bir mimpi."

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:

1)Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.

2)Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.

3)Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.

Berikut adalah bebarapa adab yang telah ditunjukkan oleh Rasuullah SAW sebelum daripada kita memasuki alam mati yang sementara supaya mimpi kita bukan daripada mainan syaitan. Dan semoga ianya adalah mimpi yang benar dan ilham daripada Allah.

Antaranya:

 1. Membaca doa "Bismikallahumma ahyaa wa amuutu"

2. Membaca dua kalimah syahadah.

3. Selawat ke atas Nabi.

4. Membaca ayat Kursi

5. Membaca ayat 285-286 surah Al-Baqarah.

6. Surah Al-Kaafiruun.

7. Menadahkan dua tangan seperti biasa berdoa kemudian diludahkan ke dalamnya dan baca surah Al-Falaq (Qul a'auuzubirabbil falaq...)

8. Surah Al-Faatihah.

9. Tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, takbir 33 kali.

10. Kemudian tidur dengan mengiring sebelah kanan dan meletakkkan kedua-dua tangan di bawah pipi kanan.

11. Kemudian tidur dengan mengiring sebelah kanan dan meletakkan kedua tangan di bawah pipi kanan.

Antara adab-adab ketika lepas bermimpi. Kalau kita bermimpi dengan mimpi yang baik, disunatkan supaya kita memberitahu kepada mereka yang kita sayang dengan dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku.


Manakala mimpi buruk pula kita disunatkan melakukan perkara-perkara tersebut:

1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)

2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.

3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.

4. Bangun sembahyang 2 rakaat (jika mampu)

Kalau diamalkan perkara di atas Insya Allah mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita.
Sebagai penutup aku ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi membaca coretan yang tidak seberapa ini...sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah,dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan aku sendiri...terima kasih juga kepada Panglima Zycree atas ilham anda....

Yang ikhlas,

Ana muslimah

Wednesday, November 9, 2011

It's a thin line between LOVE and FRIENDSHIP...


Salam sayang,salam kerinduan...

Alhamdulillah...lagi sekali aku berkesempatan utk mengupas isu yg sememangnya tidak asing dalam kehidupan remaja seperti aku...persahabatan antara dua individu yg berlainan jantina
adakalanya disalahertikan...salah faham ini bukan sahaja melibatkan individu yg bersahabat sahaja malah insan lain disekeliling mereka juga adakalanya tersalah tafsir tentang perhubungan tersebut...bagi entry kali ni aku akan fokus kepada 1 situasi...

Persahabatan disangka cinta..
Ali bersahabat baik dgn Ani.Mereka mula bersahabat sejak semester 1 di universiti XYZ.Ke mana-mana sahaja mereka sentiasa bersama.Ali sentiasa mengambil berat akan Ani.Memandangkan Ali agak cemerlang dalam pelajaran berbanding Ani,dia selalu membantu Ani mengulangkaji pelajaran.Persahabatan mereka berkekalan sehingga ke tahun 3 pengajian mereka di universiti.Setelah sekian lama,rupa-rupanya perhatian yg diberikan oleh Ali telah disalaherti oleh Ani.Ternyata Ani menyimpan perasaan terhadap Ali.Dia merasakan bahawa Ali juga mempunyai perasaan yg sama seperti dia oleh kerana Ali juga sudah mesra dgn kedua ibubapa Ani.Ani juga begitu.Dia begitu rapat dgn keluarga Ali.Ani menceritakan tentang perasaannya kepada teman sebiliknya, Aishah. Sebenarnya rakan-rakan sekelas Ali dan Ani telah lama mengetahui tentang perkara itu.Ali juga megetahui akan hal tersebut.Namun Ali merasakan hal itu bukanlah satu isu yg besar.Hingga satu ketika Ani meluahkan perasaan yg dipendamnya kepada Ali.Ali sgt terkejut.Dia tidak menyangka Ani meyimpan perasaan terhadapnya sampai begitu sekali.Dia merasa serba salah kerana telah membuat Ani jatuh cinta padanya sedangkan dia hanya menganggap Ani sebagai sahabat. Sejak peristiwa itu,hubungan Ali dan Ani menjadi semakin renggang.Ani cuba sedaya upaya utk menghilangkan perasaan sayangnya terhadap Ali. Ali pula buntu utk menerangkan hal yg sebenar kepada Ani. Mereka berdua tidak tahu bagaimana utk berhadapan dan menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya persahabatan yg mereka bina selama bertahun-tahun terputus juga.



MARI BERDISKUSI

1.penyelesaian dan peringatan buat Ali (individu yg hanya menganggap sebagai kawan)

 
-Ali sepatutnya lebih bijak dalam menjaga persahabatannya dengan Ani kerana Ani adalah seorg perempuan.
-dari awal lg,adalah lebih baik jika Ali menjaga batas pergaulannya dgn sahabat yg berlainan jantina bg mengelakkan berlakunya salah faham.
-sekiranya salah faham masih berlaku,Ali harus menerangkan secara lembut dan halus tentang perkara yg sebenar kpd Ani.
-Ali harus sedar bahawa tindakannya memberi perhatian secara berlebih-lebihan terhadap Ani telah membuka ruang untuk Ani meyimpan perasaan terhadapnya.Dia juga harus sedar bahawa salah faham tersebut akan menjejaskan persahabatan mereka
-Sedikit pesanan buat sahabat yg berada dalam situasi yg sama seperti Ali.

kalau tak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang..
kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji..
kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan..
kerana hati manusia itu :
terlalu bernilai untuk disakiti
terlalu mahal untuk disia-siakan
terlalu berharga untuk dihancurkan ...


2. Penyelesaian dan peringatan buat Ani (individu yg menyimpan perasaan lebih dari sekadar sahabat)


-sama seperti Ali,Ani juga sepatutnya membataskan pergaulannya dgn sahabat yg berlainan jantina.
-Percampuran tanpa batasan antara lelaki dan perempuan sememangnya membuka peluang bagi syaitan dan nafsu utk memesongkan tujuan asal persahabatan lalu menerbitkan perasaan cinta.
-Jika perasaan cinta tetap hadir,kawallah diri supaya perasaan tersebut tidak menjejaskan persahabatan. Namun seandainya diri tidak kuat melawan perasaan tersebut,mohonlah pertolongan dari Allah agar diri menjadi lebih tenang dan tabah.Anggaplah perasaan cinta yg hadir itu sebagai dugaan dari Allah dan jika perlu jauhkanlah diri dari sumber2 yg boleh menerbitkan perasaan tersebut. Lebih hebat jika perasaan cinta terhadap manusia itu dialihkan kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Seharusnya Dia lebih layak menerima cinta itu kerana Dia jugalah yg menerbitkan perasaan tersebut.
-sedikit pesanan buat sahabat yg berada dalam situasi yg sama seperti Ani.


Tuhan…saat aku menyukai seorang sahabat, ingatkanlah aku bahawa ada sebuah pengakhiran sehingga aku tetap bersama yang tidak pernah berakhir.
Tuhan…jika aku hendak mencintai seseorang, temukanlah aku dengan orang yang mencintaiMU agar bertambah kuat cintaku padaMU.
Tuhan…ketika aku sedang jatuh cinta, jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku padaMU.
Tuhan…ketika aku mengucap aku cinta padamu, biarkanlah ku katakan kepada yang hatinya tertaut padaMU, agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMU.


 
Sebagai perkongsian bersama...aku sertakan sekali nota adab-adab pergaulan lelaki dan perempuan dalam Islam yg aku ambil di sini.





ALAM remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.Firman Allah swt : “Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah Al-Isra’ : 32)

Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas,
perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’ Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram.Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. Kali ini penulis tampilkan batas-batas dalam pergaulan supaya menjadi bimbingan kepada khalayak remaja sekalian, iaitu:

1.Pandangan
Pandangan yang dimaksudkan di sini adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan.Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud: “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka…”
Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka…” dari kedua-dua ayat itu kita dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja.Pandangannya pula tidak keterlaluan atau memandang melampaui batas sehingga menerbitkan hawa nafsu sesama sendiri. Hanya dengan pandangan saja kita percaya hawa nafsu akan menguasai dan syaitan mudah menggoda akhirnya mendorong mereka ke arah kancah maksiat.


2.Pertemuan
Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi.Dalam konteks hari ini lebih di kenali dengan istilah ‘khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu di tempat sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa Allah melarang pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.


3.Percakapan
Percakapan atau perbualan yang dimaksudkan di sini ialah apabila dua orang individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu yang boleh mendatangkan syak wasangka.Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak untuk bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja.Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutama sekali kaum perempuan.


4.Berjabat tangan
Berjabat tangan bermaksud menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan atau sebaliknya.Menurut Islam hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Siti Aisyah r.a ada berkata: “…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.” (Riwayat Imam Ahmad)Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.


5.Sentuhan
Sentuhan di sini lebih bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menerbitkan keinginan nafsu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”
Dari hadis di atas dapatlah kita mentakrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.
-Ustaz Zawawi Yusof-
Elakkan percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batasan...


Akhir kata,aku berharap agar perkongsian kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak kesedaran kepada kawan2 dan pada diri aku sendiri.Dan kredit kpd Panglima Zycree yg telah memberi cadangan kpd aku utk membuat ulasan mengenai isu ini.Isu ini mungkin telah banyak kali di utarakan dalam blog2 dan laman web,namun semoga ulasan yg aku utarakan kali ini boleh memberi peringatan kedua buat kita semua...seperti pesanan Rasulullah dalam hadis baginda:

"sampaikanlah walau sepotong ayat"

[HR Bukhari dan At-tirmizi]


Yang ikhlas,

Ana muslimah

Friday, November 4, 2011

Allah tidak beri apa yg kita mahu TAPI,Allah beri apa yang kita perlu....

Salam sayang,salam kerinduan....

Saban hari menjengah blog merah jambu kesayangan ni dgn harapan dpt lah aku mencoret sepatah dua kata sebagai santapan jiwa...tp akhirnya laman merah jambu ditinggalkan kosong tanpa sebarang kata..rasa mcm bnyk yg aku nak tulis tp hasilnya kosong...Alhamdulillah..utk entry kali ni ada satu tajuk yg aku nak kongsi dgn kwn2...Allah tak beri apa yg kita mahu,tp Allah akan beri apa yg kita perlu...hidup tak selalunya indah,langit tak selalunya cerah...kdg2 kita diuji apabila apa yg kita hajatkan x menjadi kenyataan...ya Allah...perit sungguh rasanya....semua perasaan bercampur baur...sedih,kecewa,patah hati, geram dan mcm2 lagi perasaan tidak enak bersarang di benak kita....TAPI....kita perlu ingat,apa yg jadi mesti ada sebabnya....setiap kesedihan akan dirawat dgn kegembiraan...x mengapalah kalau kita merasa sedikit pahitnya kekecewaan sblm manisnya kejayaan datang bertamu....

Sebagai manusia yg diamanahkan Allah utk menjadi khalifah di atas muka bumi ini,kita x boleh lupa yg kita akan sentiasa diuji oleh Allah...ujian yg diberikan oleh Allah adalah berbeza bagi setiap individu..namun,tujuannya adalah sama iaitu untuk mentarbiah kita menjadi umat yg cekal dan tabah...selalu kita merungut bila kemahuan tidak dipenuhi....tp apa kata kali ni kita cuba fikirkan semula nikmat2 yg Allah beri pada kita berdasarkan apa yg kita perlu...


1. Kita tak mintak udara yg Allah bagi,tp Allah tetap bagi sebab manusia perlukan udara untuk terus hidup.Cuba kita bayangkan apa yg akan terjadi jika Allah tak beri udara yg segar dan bersih kpd kita??nak tau??Cuba tahan nafas selama 1 minit.Tak perlu lama,cukup selama 1 minit.Bersyukurlah kerana Allah beri udara yg kita perlu walaupun kita tak pernah minta pon.Kerana Allah beri apa yg kita perlu bukan apa yg kita mahu.




2. Kita harap sgt dapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan.Jadi kita pon berusahalah bersungguh-sungguh.Tapi,apa yg kita inginkan tidak menjadi kenyataan. Kenapa ye?org lain boleh dapat apa yg mereka mahu,sedangkan kita tidak.Sebabnya,Allah beri apa yg kita perlu bukan apa yg kita mahu. Allah mahu kita merasa pahitnya kegagalan supaya kita menjadi lebih kuat dari segi mental dan fizikal. Siapa tahu selepas kita gagal, kita jadi lebih bersemangat utk berjuang dalam hidup. Tak kiralah berjuang utk mencapai cita-cita atau sesuatu yg lain.Yang pasti kita telah menjadi lebih kuat utk menghadapi cabaran yg mendatang.Fikirkan, kita PERLU kuat jika mahu kehendak kita tercapai. Maka Allah beri kita rasa kegagalan utk menjadikan kita KUAT.






3. Kita teringin sgt nak rasa bahagia mcm org lain.Boleh bercinta,jalan-jalan dgn pasangan masing-masing.Tapi tak ada sorg lelaki pon yg nak bercinta dgn kita. Kita minat lelaki tu, tp dia pula tak suka kita.Begitu juga sebaliknya. Kita pon terfikir,kenapa kita tak boleh bahagia mcm org lain?Bila tengok org lain boleh bergayut telefon dgn boyfriend/girlfriend, kita rasa cemburu.Rasa sunyi pon ada.Sampai satu masa akhirnya ada lelaki minat kat kita. Tapi dia tanak kita jadi girlfriend dia. Dia nak kita jadi yang halal utk dia. Dia tak ngorat kita dgn kata-kata dan janji-janji manis. Tapi dia mintak elok-elok kat ayah kita utk jadikan kita isteri dia.Tengok,Allah x bagi kita boyfriend mcm yg kita mahu tp Allah bagi kita suami sebab itu yg kita perlu. Kita mahu couple tp Allah bagi kita ikatan yg sah di sisi agama. Cinta halal yg kita perlu bukan cinta remaja yang semestinya tidak ada nilai di sisi Allah.Syukurlah,kita pon boleh dating mcm org lain.Dating dengan yg halal pulak tu.





4. Kita kadang-kadang rasa cemburu dgn kawan-kawan yg hidup mewah. Mintalah apa sahaja pasti dipenuhi oleh mak ayah mereka.Kita pula kalau nak minta apa-apa pon kene fikir banyak kali. Tapi hakikatnya kita lebih kaya daripada kawan-kawan kita itu. Sebab apa?Sebab Allah telah berikan kita sesuatu yg lebih kita perlukan iaitu kasih sayang dari keluarga. Kita mahu kemewahan tapi Allah beri kita kasih sayang yg melimpah ruah. Jika dibandingkan dgn kawan-kawan kita,kita lebih beruntung sebab kita dapat apa yang kita perlu walaupun kadang-kadang kita tak dapat apa yg kita mahu.Tiada yg lebih bernilai daripada kasih sayang mak ayah dan ahli keluarga.


I asked for strength....
And ALLAH gave me difficulties to make me strong...
I asked for wisdom...
And Allah gave me problems to solve...
I asked for courage...
And Allah gave me obstacle to overcome...
I asked for love...
And Allah gave me troubled people to help...
I asked for favours...
And Allah gave me opportunities...
“Maybe I received nothing I wanted, but I received everything I needed”

Jadi kawan-kawan,kita kene la paham bahawa Allah tak bagi ape yg kita nak tp Allah bagi ape yg kita perlu sebab Allah syg kite...Allah tahu apa yg terbaik utk kita....knp kita nk rase marah atau sedih??mesti ade sebab kenapa Allah bg ujian sebegitu pada kita....kita mungkin nak hajat kita tercapai..tp Allah x izinkn..sebab apa yg kita nak tu bukan sesuatu yg kita perlu...Allah kan Maha Mengetahui...tak perlu la kita persoalkan kenapa org lain dapat apa yg mereka mahu tp kita x dapat...apa yg kita perlu buat adalah menerima segala anugerah yg Allah kurniakan kepada kita dengan berlapang dada...bila kita berlapang dada, kita akan sedar betapa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Ana muslimah