BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 18, 2011

Itu janji Allah...sesaat tidak awal,sesaat tidak cepat....

Salam sayang,salam kerinduan...

Malam semalam ketika sedang menyusun kata utk mencoret entry t'baru aku mendapat berita bahawa bapa kpd seorang sahabat aku telah pergi menemui penciptanya....Innalillahiwainnailaihirojiu'n...terdiam aku seketika....antara percaya dgn tidak aku t'kenangkan arwah bapa sahabat aku itu...beliau sgt baik orgnya...cukop disenangi dan dihormati oleh semua org...arwah merupakan antara insan2 yg menyumbangkan suara dengan melaungkan azan tiap kali masok waktu solat di surau..beliau juga salah seorg yg menjadi imam bg solat berjemaah...aku jarang berjemaah di surau melainkan ketika bulan puasa...ketika menanti masok waktu isyak kami jemaah wanita dpt mendengar jemaah lelaki bersembang di serambi surau...aku sndri masih terdengar suara arwah yg cukop gemar bergurau senda dgn jemaah2 lain...arwah bapa sahabat aku ini jgk pernah m'jadi tenaga pengajar di sekolah agama rakyat di kg kami...aku merupakan salah seorg anak murid yg b'peluang belajar dgn beliau...aku dpt tahu bahawa beberapa hari sebelum beliau meninggal beliau telah dimasokkan ke wad selama hampir 1 mggu krna ade masalah dgn paru2 beliau...aku sndri x pasti ape penyakit beliau...paling membuat aku berfikir jauh ialah apabila mendapat tahu dari menantu arwah yang arwah sempat solat berjemaah maghrib dan isyak di surau sebelum beliau jatuh di halaman rumah....Allahuakbar!!!mungkin itu sudah menjadi rezeki arwah...urusan pengkebumian arwah juga berjalan dgn lancar...aku dan emak sempat melawat jenazah dan menunggu sehingga jenazahnya dibawa ke tanah perkuburan...alhamdulillah..semuanya dah selesai....yang pergi tetap pergi...kita yg hidup ni kene teruskan perjalanan kita di dunia ni....peristiwa yg berlaku ni membuat aku t'fikir bila pula agaknya giliran aku menemui Allah..entah mcm mana pula aku akan menghadapi saat ajal aku nnt...ya Allah...semoga aku meninggal dlm keadaan husnul khatimah....
sebagai perkongsian bersama aku sertakan skali adab-adab ketika menzirahi jenazah...


Adab Menziarahi Jenazah



Pengenalan

  • Melawat keluarga ditimpa kedukaan disebabkan kematian ahli keluarga
  • Wajib menziarahi dan membantu menguruskan jenazah di satu kariah



Tujuan Menziarahi Jenazah

  • Laksanakan tanggungjawab seorang Islam terhadap saudaranya
  • Kerjasama menyelenggara urusan jenazah
  • Sampaikan ucapan takziah kepada keluarga si mati
  • Zahirkan simpati terhadap keluarga si mati
  • Ingatkan kematian kepada orang yang hidup
  • Kukuhkan hubungan silaturahim



Kelebihan Menziarahi Jenazah

Individu

  • Zahirkan perasaan simpati
  • Lahirkan keinsafan
  • Didik diri tunaikan fardu kifayah
  • Muhasabah tentang ibadat yang dilakukan
  • Ganjaran daripada Allah

Keluarga si mati

  • Dapat menenangkan dan meringankan perasaan sedih
  • Kuatkan ketabahan hati
  • Kurangkan bebanan tanggungan jenazah
  • Timbulkan keinsafan kepentingan bermasyarkat

Masyarakat

  • Kukuhkan hubungan silaturahim
  • Hayati ruh ukhuwah Islamiah
  • Hayati prinsip kejiranan dan kemasyarakatan



Adab Menziarahi Jenazah

  • Ucap ”Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun”
  • Segera menziarahi jenazah
  • Temui keluarga si mati untuk mengucapkan takziah
  • Menyediakan makanan untuk keluarga si mati
  • Zikir dan membaca al Quran dengan suara perlahan
  • Tidak menceritakan aib jenazah
  • Tidak meninggikan suara ketika berbual-bual
  • Segerakan pengurusan jenazah
  • Sembahyangkan jenazah dan mengiringinya ke kubur

Doa Ketika Melihat Jenazah

·         Subhanal hayyil lazi la yamutu. Allahummagfir lihazal mayyiti warhamhu wa anis fil qabri wahdatahu wa gurabatahu wa nawwir qabrahu.

·         Artinya: “Maha suci Zat Yang Hidup yang tidak akan mati. Ya Allah, ampunilah mayit ini dan sayangilah dia, dan temanilah dia di dalam kesendirian dan keasingannya di dalam kubur, dan terangilah kuburannya.”




Jenazah Muslim
Jenazah Bukan Muslim
Bantu pengurusan jenazah
Hadir ke rumah sebagai tanda simpati
Turut menyembahyangkan jenazah
Tidak menyertai upacara keagamaan
Iringi jenazah ke kuburan dan mengebumikannya
Berdiri ketika jenazah lalu sebagai tanda hormat
Banyakkan berzikir
Ucapkan takziah








0 comments: