BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 15, 2011

JIN...

Salam sayang,salam kerinduan....
Agak lame aku x update blog merah jambu yg comel ni..utk entry kali ni ade satu topik yg aku nk kongsi dgn para pembaca...topiknya ialah JIN....nape aku pilih topik ni ek??hohoho..sbb ade org bg tugasan tidak rasmi kt aku utk kupas topik ni....maka aku dgn sedaya upayanya cuba cri info psl topik ni...agak payah nk cari info psl topik ni...so,dgn serba kekurangan aku cuba kongsikan apa yg aku paham pasal topik ni....harap2 ape yg aku tulis di sini boleh memberi sedikit pengetahuan kepada anda semua....sebelum tu aku mohon maaf sekiranya maklumat yg dikongsikan tidak memuaskan hati anda semua...hehehe...(saya budak baru belajar laaaa)

 1.ASAL USUL JIN
 Jin berasal dari Jaan.Jaan dijadikan dari api yg sgt panas iaitu al-maarij. Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. sbnrnya ada beberapa pendapat mengenai al-maarij ini.sesetengah ulama berpendapat " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang
yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.
Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.


Di sini saya sertakan hadis dan ayat al-quran yg menceritakan perihal kewujudan jin.

 1. Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.

2. Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij ) tanpa asap.

3. Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : (Allah) berfirman,”apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?”(Iblis) menjawab,”aku lebih baik dari dia.Engkau ciptakan aku dari api,sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah”

4. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menerangkan tentang tiga jenis makhluk ini dalam sabda baginda:


خُلِقَتْ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُم.

"Diciptakan malaikat dari cahaya, diciptakan jin dari nyalaan api dan diciptakan Adam (manusia) dari apa yang telah dijelaskan kepada kalian."

5. Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang
berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu dari angin api yang panasnya menyerap
ke liang bulu roma (نار السموم). Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.”
[al-Hijr 15:26-28]

Dalam ayat di atas, dinyatakan bahawa:
  • “Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu…”, menunjukkan bahawa jin dicipta sebelum manusia. 
  • “…ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia…”, menunjukkan malaikat sudah sedia ada ketika Allah hendak mencipta manusia. 
[al-Hijr 15:26-28]
2. MALAIKAT, JIN DAN MANUSIA
Jin berbeza dengan malaikat. Malaikat semuanya beriman, sedangkan jin ada yang beriman dan ada yang kafir dan seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah dan sebahagian yang ingkar dengan perintah Allah. Begitu juga dengan kewajipan jin seperti juga dengan manusia.
Jin dan manusia memiliki kewajipan menyembah Allah.
  • Surah al-Dzariyat : ayat 56 
"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)"
  • Surah al-an'am : ayat 130
"Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir"
Di antara jin ada yang mendengar al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. kemudian mereka menyampaikan apa yang didengarkan kepada kaumnya. Sebahagian kamunya itu ada yang percaya dengan apa yang disampaikan oleh kawannya itu. Sedangkan sebahagian yang lain tidak mempercayainya. Mereka yang percaya akan memperoleh pahala, sedangkan yang tidak percaya dan menginkarinya akan diseksa di neraka kelak.
  • Surah al-a'raf : ayat 179
"Dan sesungguhnya, telah kami ciptakan untuk isi neraka jahannam kebanyak dari jin dan manusia (mereka yang kafir)".
Seperti yg dinyatakan di atas, jin juga menerima syariat Islam seperti manusia. Bagi umat manusia, syariat Islam diterima dari Nabi Adam yang diperintahkan oleh Allah untuk turun ke bumi bersama Hawa setelah mereka melanggar larangan Allah. Jin pula menerima syariat Islam secara terus daripada Allah. Namun begitu, seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah.
Antaranya ialah:
1. Jin Islam yang bertaraf awam sahaja ,
2. Jin Islam yang di tingkat iman Khawas.
3. Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.
Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.
Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.
3. JENIS-JENIS JIN
Jin terbahagi kepada 2 bahagian :
  • Jin Rahmani : Merupakan jin muslim.Terbahagi kepada beberapa bahagian, kelompok, mazhab dan golongan-golongan yang berbeza-beza.
  • Jin Syaitani : Merupakan bangsa jin yang bersifat jahat atau fasiq
Selain itu kepelbagaian bentuk jin telah digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w
Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa'labah al-Khasyani, sabda Rasulullah s.a.w :
"Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis (spertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ular dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia)"
a)Terdapat bangsa jin yang mempunyai kekuatan serta kecerdikan yang dikenali sebagai ifrit. Ini sepertimana diterangkan dalam al-Quran:
  • Surah an-naml : ayat 39
"Berkata ifrit (yang cerdik) dari golongan jin : Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya"
b) Selain itu, jin yang bernama al-Ghilan mampu berubah berbagai rupa bentuk.
  • Riwayat Ahmad, sabda Rasulullah s.a.w :"Jika ada al-Ghilan yang menyamar kepada kalian (dalam bentuk apapun), maka dengungkanlah azan"
c) Mukhabbilat al-jin merupakan bangsa jin yang gila dan sering menyakiti serta mengggangu manusia dan mencelakanya.
d) Manakala jin al-Hinnu adalah kalangan bangsa jin yang lemah.
Riwayat Ibnu Abbas r.a : "Anjing-anjing itu dari bangsa jin al-Hinnu. Mereka adalah kelompok jin yang lemah. Apabila mereka mendatangi makanan kalian, mereka lemparkan (makanan) untuk mereka. Kerana mereka mendapatkan (makanan itu melalui matanya)"
e)Begitu juga, beberapa jenis jin yang lain iaitu berupakan haiwan lain seperti kucing dan ular.
Riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasa'i dari Abu Sa'id al-khudri, sabda Rasulullah s.a.w : " Sesungguhnya di Madinah itu banyak jin yang telah masuk Islam. Jika kamu sekalian melihat sebahagian haiwan (ular) itu, maka azanilah tiga kali. Dan jika tetap menampakkan diri, maka bunuhlah ia"
f)Terdapat jin yang sering menggangu anak kecil yang baru lahir iaitu dikenali sebagai Ummish Shibyan.
Riwayat Saidina Hussain r.a dari Ali Kamamallahu Wajhahu, sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Barangsiapa yang dilahirkan baginya anak, lalu diazani telinga kanannya, dan diiqamatkan pada telinga kirinya, nescaya Ummish Shibyan tidak mengganggunya".
Riwayat Abi Rafi':
"Aku pernah melihat Nabi s.a.w melakukan azan pada telinga Sayyidina Hasan dan Hussain r.a..."
4. ANTARA JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS
Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya.
Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah.
Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat.Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangani mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )."
Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis. Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke hari kiamat.
Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-
1. Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati dan segala anggota tubuh badan.
2. Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi. Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.
3. Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.
Sebagai konklusinya,dpt lah aku simpulkn bahawa kewujudan jin sememangnya benar dan tidak perlu diragui. Apa yang paling penting ialah kita sbgai khalifah di atas muka bumi ini tidak perlu takut atau menggeruni makhluk yg bergelar jin ini kerana mereka juga makhluk yang dicipta oleh Allah. Cukuplah sekadar kita mengakui kewujudan mereka di dunia ini.
p/s: maaf jika maklumat yg dikongsi kurang dipersetujui...ia hanyalah satu perkongsian semata-mata berdasarkan pemahaman saya...
Ana muslimah

0 comments: